shidie & d'zhen
meh tinggalkan LINK BLOG korank kt cni.. leh gak org len usya2 nnt..
korank suke BLOG ni?? n sume lam cite ni besh?? so klik LIKE if korank rsa blog ni besh!!

Wednesday, May 11, 2011

himpunan teka teki


Soalan 01: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.

Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Soalan 03: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?

Soalan 04: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?

Soalan 05: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

Soalan 06: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?

Soalan 07: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

Soalan 08: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?

Soalan 09: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?

Soalan 10: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?

Soalan 11: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

Soalan 12: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Soalan 13: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?

Soalan 14: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?

Soalan 15: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?









JAWAPAN

1. Jawapan: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdu
2. Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.
3. Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
4. Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
5. Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal... ha...ha...ha..
6. Jawapan: Anak mancis daaa.
7. Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
8. Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
9. Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
10. Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
11. Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
12. Jawapan: Kutu ler...Sebab memang dok kat kepala orang!
13. Jawapan: Pisang Goreng
14. Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
15. Jawapan: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?

dzhen legacy yg berceloteh n COMEY, klo suke LIKE lor.

No comments:

Post a Comment